How to Fix | Panduan Selesaikan Masalah Laptop & Komputer | ZamLaptop BSP

How to Fix | Panduan Selesaikan Masalah Laptop & Komputer | ZamLaptop BSP

Cara Selesaikan Masalah Laptop & Komputer

Tips, Tutorial & Bantuan Profesional oleh ZamLaptop BSP

Masalah Lazim & Cara Mengatasinya

  • Laptop Tidak Boleh ON: Semak charger, bateri, RAM longgar atau motherboard rosak. Cuba hidupkan tanpa bateri dan dengan power adapter terus.
  • Skrin Gelap / No Display: Pastikan kabel display tidak longgar. Cuba sambungkan ke monitor lain. Bersihkan RAM dan slot motherboard.
  • Sistem Terlalu Perlahan: Tandanya Windows dah terlalu lama atau HDD rosak. Tukar ke SSD, tambah RAM dan buang virus serta software berat.
  • Laptop Overheating / Berbunyi Kuat: Bersihkan kipas dalaman, tukar thermal paste, dan pastikan aliran udara tidak tersekat.
  • Windows Crash / Bootloop: Gunakan USB bootable, masuk ke repair mode atau reinstall Windows jika perlu. Backup data penting sebelum format.
  • Port USB / Audio Tidak Berfungsi: Semak driver dalam Device Manager. Install driver terkini atau reset BIOS ke default.

Langkah Asas Yang Boleh Dicuba Sendiri

  • Cabut bateri dan tahan butang power selama 30–60 saat untuk reset litar dalam
  • Masuk "Safe Mode" dan uninstall software mencurigakan atau bermasalah
  • Guna antivirus seperti Malwarebytes atau Kaspersky untuk scan sistem
  • Gunakan angin compressor untuk buang habuk pada kipas dan heatsink
  • Gunakan "System Restore" jika sistem baru mula bermasalah selepas update
  • Periksa suhu sistem menggunakan software seperti HWMonitor

Tips Penjagaan Laptop Untuk Tahan Lama

  • Elakkan guna laptop atas tilam atau bantal – halang pengudaraan
  • Update Windows dan driver secara berkala
  • Servis dalaman setiap 6 bulan – buang habuk dan ganti thermal paste
  • Gunakan antivirus dan jangan install software crack
  • Shutdown laptop bila tak digunakan dalam jangka panjang

Masih Tak Dapat Selesai Masalah?

Jangan risau! Kami di ZamLaptop BSP sedia bantu anda secara terus:

📲 WhatsApp Kami Sekarang

Ikuti Kami Untuk Lebih Banyak Tips & Tutorial

© 2025 ZamLaptop BSP – Panduan & Tutorial Baiki Laptop & Komputer Masalah Biasa di BSP, Puchong, Shah Alam & Cyberjaya

Comments